Monday 28 September 2009

MUTIARA SABAH dan 1Drop Perfume



INSYAALLAH,BOLEH DIRUNDING..


Sila layari MUTIARA SABAH

ATAU melalui SAYA : hamdan_dsg@yahoo.com.my






Friday 2 January 2009

Pesanan Untuk Orang Cantik

i_qbal
editor : kasihsayang

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Sunday 23 November 2008

Pembukaan kepada yang Ghaib

Oleh SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Terjemahan Abdul Majid B. Haji Khatib

Syarahan Ketiga

Apabila seorang hamba Allah itu di uji oleh Allah, maka mula-mulanyadia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cabaran yang nenyusahkannya itu. Jika ia tdak Berjaya, ia akan meminta pertolangan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan; dan jika ia sakit, ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika ini pun tidak Berjaya, maka kembalilah ia mengadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t dan memohon sambil merayu kepadaNya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah s.w.t.

Jika dia tidak dapat pertolonga Allah, maka berterusanlah ia merayu, solat, berdoa dan menyerahkan dirinya denganpenuhharapan dan cemasterhadap Allah s.w.t., Allah tidak akn menerima rayuaanya sehingga dia (hamba) memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal kedunian. Tinggallah padanya roh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah Nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tenteang Tauhid (KeEsaan Allah). Pada hakikatnya tidakada pelakuatau penggerakatau yang mendiamkan kecuali Allah s.w.t., tidak ada baik dan tidak ada jahat, tidak ada rugi dan tidak ada untung, dantidak ada faedah dan tidak ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak ada terbuka dan tidak ada tertutup, mati dan hidup, mulai dan hina, kaya dan papa dan segala-galanya melainkan adalah dalam genggaman Allah s.w.t.

Hamba Allah itupun jadilah seperti bayi di pangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang dimandikan atau seperti bola (melambung, bergolek, ke atas , ke tepi, dan ke tengah, sentiasa berubah tempat dan kedudukannya) di kaki pemain bola. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar darinya dan masuk ke dalam lakuan Allah s.w.t. semata-mata.

Si hamba Allah yang begini tidak Nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatanNya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan dan kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Dia (hamba) akan diperhias dan dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambah cintanya kepada Allah.bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia “di dalam Allah”. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya denga pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Dia (hamba) mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi. Sentiasalah dia syukur dan solat di hadhrat Allah s.w.t.

Saturday 22 November 2008

Pembukaan kepada yang Ghaib

Oleh SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Terjemahan Abdul Majid B. Haji Khatib

Syarahan Kedua

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempoh oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan meyengutuiNya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan berpeganglah teguh kepadaNya. Bermohonlah kepadaNya dantunggulah dengan sabar. Bersatu-padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah-belah. Cintailah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa. Perindahkanlah dirimu dengan taat kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepadaNya. Janganlah lengah-lengah untuk bertaubat kapadaNya. Dan kembali kepadaNya. Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNyadari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan menikmati kebahagian dan kesentosaan yang abdi di syurga berserta dengan nabi-nabi, orang-orang siddiq, orang-orang syahid dan orang-orang salih. Berkekalanlah kamu di syurga itu untuk selama-lamanya.

Wednesday 19 November 2008

Pembukaan kepada yang Ghaib


Oleh SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Terjemahan Abdul Majid B. Haji Khatib



Syarahan Pertama

Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah (a) Melakukan segala perintah Allah; (b) Menjauhkan diri dari segala yang haram; (c) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah. Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini.